Terdapat dua jenis pengguguran yang selamat: pengguguran menggunakan ubat gugurkan kandungan dan secara surgikal.
Ubat gugurkan kandungan membantu mengosongkan rahim dengan mengeluarkan tisu kehamilan. Anda boleh menguruskan sendiri pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan di rumah, atau ke hospital atau klinik. Kebanyakan proses pengguguran berlaku dalam tempoh masa beberapa hari, tetapi ia juga boleh mengambil masa sehingga 4-6 minggu untuk semua tisu keluar sepenuhnya.
Pengguguran surgikal sering difahami sebagai pengguguran pembedahan, sebenarnya ia tidak melibatkan hirisan atau teknik pembedahan lain. Untuk kehamilan hingga 14 minggu, petugas kesihatan terlatih menggunakan alat untuk mengeluarkan tisu dengan sedutan. Ini dipanggil aspirasi vakum dan biasanya mengambil masa sehingga 15 minit. Ia boleh dilakukan dengan selamat di pelbagai fasiliti kesihatan, seperti hospital, klinik, atau bilik konsultasi. Selepas prosedur, anda boleh terus tahu bahawa pengguguran anda sudah selesai.
