Ubat gugurkan kandungan ialah ubat yang digunakan untuk menghentikan kehamilan dan merupakan kaedah pengguguran yang paling biasa dilakukan. Ubat ini boleh diambil dengan selamat di rumah.
Terdapat dua jenis ubat gugurkan kandungan iaitu mifepristone dan misoprostol. Kedua-dua ubat ini diambil dalam tempoh 24-48 jam. Misoprostol juga boleh digunakan tanpa mifepristone.
Ubat gugurkan kandungan menyebabkan badan mengalami proses yang serupa dengan keguguran:
- Mifepristone menyekat progesteron, satu hormon penting untuk kehamilan. Ini menyebabkan lapisan rahim mula luruh.
- Misoprostol membantu membuka serviks dan menyebabkan kekejangan yang membolehkan badan mengeluarkan tisu kehamilan dan mengosongkan rahim.
Di kebanyakan negara, mifepristone sukar diakses.
Misoprostol boleh didapati di farmasi di banyak negara, kadang-kadang tanpa preskripsi. Anda mungkin menemui jenama seperti Cytotec/Rotec dan lain-lain. Jenama Arthrotec dan Oxaprost mengandungi gabungan misoprostol dan diclofenac, Disebabkan diclofenac tidak boleh diambil dalam dos yang tinggi, ia memerlukan arahan khusus untuk penggunaan yang betul.
Tapi, kalau beli secara atas talian atau dari penjual tempatan, pastikan sumber itu boleh dipercayai sebab ada risiko pil palsu.
Sumber
- World Health Organization. 2020. WHO Recommendations on Self-Care Interventions: Self-Management of Medical Abortion. Geneva: World Health Organization. https://www.who.int/publications/i/item/WHO-SRH-22.1
- World Health Organization. 2022. Abortion Care Guideline. https://apps.who.int/iris/handle/10665/349316.
- World Health Organization. 2023. Clinical Practice Handbook for Quality Abortion Care. https://www.who.int/publications/i/item/9789240075207
