Semasa pengguguran, ada orang yang mungkin rasa sakit atau kekejangan yang kuat, dan ada juga yang rasa ringan saja atau tak sakit langsung. Sebaiknya sediakan awal ubat tahan sakit. Anda boleh mula ambil ubat tahan sakit 1 jam sebelum guna misoprostol, dan teruskan ambil ubat ini mengikut keperluan, semasa atau selepas pengguguran. Pastikan ikut arahan pada label ubat untuk dos yang betul.
Ibuprofen biasanya paling berkesan untuk kekejangan, tetapi anda juga boleh gunakan ubat tahan sakit yang lain dari jenis NSAID atau non-steroidal anti-inflammatory drugs, seperti diclofenac atau naproxen. Tapi jangan campur dua jenis NSAID, hanya pilih satu saja.
Paracetamol kurang berkesan tetapi ia boleh diambil bersama NSAID, atau jika anda tak boleh ambil ubat lain.
Elakkan ambil Aspirin atau ubat tahan sakit jenis anti-kejang seperti Buscopan. Anda boleh juga meletakkan haba suam di perut (seperti botol air panas atau pad), mandi, atau minta seseorang urut belakang untuk bantu kurangkan rasa sakit.
