Muntah selepas menelan mifepristone
- Selepas 20 minit: jangan risau, ini tidak akan mempengaruhi proses. Anda boleh terus ikut arahan seterusnya.
- Sebelum 20 minit: ada kemungkinan mifepristone tidak akan memberi sebarang kesan. Sila hantarkan emel kepada kami untuk arahan lanjut.
Muntah selepas meletakkan misoprostol di bawah lidah
- Selepas 20 minit: jangan risau, ini tidak akan mempengaruhi proses. Anda boleh terus ikut arahan seterusnya.
- Sebelum 20 minit: ada kemungkinan misoprostol akan memberi kesan yang kurang atau tiada kesan sama sekali. Dalam keadaan itu, anda boleh meletakkan 4 pil misoprostol lagi (200mcg setiap satu) di bawah lidah apabila anda berasa kurang loya, tetapi tidak lewat daripada 72 jam selepas mengambil mifepristone. Jika anda hanya menggunakan misoprostol, anda boleh memulakan proses dari awal sebaik sahaja anda berasa kurang loya.
Hubungi kami di info@womenonweb.org untuk langkah seterusnya.
