Bagaimana cara menggugurkan kandungan dengan ubat mifepristone dan misoprostol?


Dikarang Oleh: Suzanne Veldhuis

Ditulis Pada: 16/03/2026

Disemak Oleh: Dr. Louise Gilbert

Disemak Pada: 16/03/2026

Cara menggugurkan kandungan dengan ubat sehingga 13 minggu 6 hari usia kehamilan:

Langkah 1: Telan 1 pil mifepristone (200mg) dengan air.

Langkah 2: Tunggu antara 24 hingga 48 jam. Anda boleh pilih masa yang sesuai untuk anda dalam tempoh masa ini.

Langkah 3: Letakkan 4 pil misoprostol (200mcg setiap satu) di bawah lidah. Biarkan selama 30 minit supaya pil larut. Anda boleh menelan air liur anda ketika ini. Selepas 30 minit, telan sisa pil kalau masih ada.

Jika perlu sahaja: Sekiranya pendarahan kurang daripada yang dijangka dan anda tak pasti sama ada pengguguran dah selesai, anda boleh teruskan ambil 2 pil misoprostol (200mcg setiap satu) setiap 3 jam. Letakkan di bawah lidah dan biarkan selama 30 minit seperti tadi.

Kebanyakan orang tidak memerlukan lebih daripada 1–2 dos dalam 13 minggu 6 hari pertama kehamilan.

Jika misoprostol anda 400 mcg dan bukannya 200 mcg, anda perlu mengambil separuh daripada bilangan pil yang disyorkan. Contohnya, mulakan dengan 2 biji pil. Pek ubat biasanya menyenaraikan jumlah mcg setiap pil.

Kami mengesyorkan penggunaan misoprostol di bawah lidah anda, kerana ia sama selamat dan berkesan seperti penggunaan melalui faraj. Di banyak negara, individu mungkin berdepan risiko undang-undang atau stigma kerana melakukan pengguguran di rumah. Mengambil pil di bawah lidah tidak meninggalkan sebarang kesan, jadi jika anda memerlukan rawatan perubatan, tiada bukti fizikal mengenai penggunaannya.

Jika anda perlu jumpa petugas kesihatan atas apa-apa sebab, anda tidak perlu memberitahu mereka bahawa anda menggunakan ubat gugurkan kandungan. Anda boleh cakap yang anda rasa anda sedang alami keguguran. Petugas kesihatan tidak dapat bezakan, dan rawatannya adalah sama. Tiada ujian yang boleh menunjukkan anda telah guna ubat gugurkan kandungan.

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.