Apakah cara yang disyorkan untuk mengambil misoprostol?


Dikarang Oleh: Suzanne Veldhuis

Ditulis Pada: 16/03/2026

Disemak Oleh: Dr. Belén Carcedo

Disemak Pada: 16/03/2026

Misoprostol boleh digunakan melalui tiga cara iaitu di bawah lidah (sublingual), dalam faraj (vaginal), atau di antara gusi dan pipi (bukal). Semua cara ini adalah sama berkesan. Walau bagaimanapun, semua dos misoprostol mestilah digunakan dengan cara yang sama. Jangan ambil sebahagian dos di bawah lidah dan sebahagian lagi dalam faraj dalam satu proses pengguguran.

Kami mengesyorkan penggunaan misoprostol di bawah lidah anda, kerana ia sama selamat dan berkesan seperti penggunaan melalui faraj. Di banyak negara, individu mungkin berdepan risiko undang-undang atau stigma kerana melakukan pengguguran di rumah. Mengambil pil di bawah lidah tidak meninggalkan sebarang kesan, jadi jika anda memerlukan rawatan perubatan, tiada bukti fizikal mengenai penggunaannya.

Jika anda memilih untuk menggunakan pil melalui faraj, sila ikuti langkah berikut:

1. Basuh tangan anda.

2. Basahkan pil dengan sedikit air bersih.

3. Tolakkan pil satu persatu sedalam mungkin ke dalam faraj anda menggunakan jari. Ini lebih mudah dilakukan ketika mencangkung atau berbaring terlentang atau mengiring.

4. Berbaring, jika boleh, selama 30 minit sementara pil tersebut larut.

5. Jika pil terkeluar sebelum pendarahan bermula, anda boleh masukkannya semula.

Misoprostol berjenama Arthrotec dan Oxaprost (yang merupakan gabungan misoprostol dan diclofenac) tidak boleh digunakan dalam faraj.

Sisa pil mungkin masih terdapat di dalam faraj sehingga 4 hari selepas dimasukkan. Jadi, jika anda perlu atau memutuskan untuk berjumpa petugas kesihatan selepas itu, kami mengesyorkan agar anda cuba mengeluarkan sisa tersebut dengan jari anda selepas membasuh tangan terlebih dahulu.

Jika anda perlu jumpa petugas kesihatan atas apa-apa sebab, anda tidak perlu memberitahu mereka bahawa anda menggunakan ubat gugurkan kandungan. Anda boleh cakap yang anda rasa anda sedang alami keguguran. Petugas kesihatan tidak dapat bezakan, dan rawatannya adalah sama. Tiada ujian yang boleh menunjukkan anda telah guna ubat gugurkan kandungan.

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.