Selepas anda mengambil misoprostol, anda sepatutnya akan mengalami pendarahan dan rasa kejang. Ini biasanya bermula dalam masa 1-4 jam, tapi kadang-kadang boleh ambil masa lebih lama. Pendarahan dan rasa kekejangan selalunya lebih kuat daripada haid biasa, dan akan jadi lebih kuat sehingga sisa kehamilan keluar. Secara purata, ini berlaku dalam masa 4-5 jam, tapi boleh juga ambil masa yang lebih lama. Sesetengah orang mungkin nampak kantung (berwarna putih atau kelabu), embrio, atau janin semasa ia keluar. Manakala yang lain mungkin hanya nampak gumpalan darah. Biasanya, kekejangan dan pendarahan akan berkurang selepas sisa kehamilan keluar sepenuhnya.
Mengeluarkan semua tisu kehamilan ambil masa. Adalah normal untuk terus mengalami pendarahan, spotting, atau rasa kejang selama beberapa hari atau minggu selepas mengambil misoprostol. Ini akan berkurang sedikit demi sedikit. Haid anda biasanya akan datang semula dalam 4-8 minggu selepas pengguguran.
