Selepas pengguguran, adalah mungkin untuk mengalami sedikit pengeluaran susu pada payudara/dada yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Ia biasanya akan hilang dalam beberapa hari atau minggu selepas pengguguran.
Beberapa petua ini mungkin dapat membantu:
- Pakai coli yang ketat, termasuk pada waktu malam, untuk memberikan sokongan tambahan.
- Elakkan senaman berat.
- Elakkan, seboleh-bolehnya, daripada memerah cecair keluar dari payudara.
- Anda boleh meletakkan daun kubis sejuk, pek ais, atau tuala yang direndam dalam air sejuk.
- Jika payudara anda berasa sakit, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen.
Terdapat ubat seperti cabergoline dan bromocriptine yang boleh membantu menghentikan pengeluaran susu jika diambil sejurus selepas pengguguran, tetapi ubat ini biasanya memerlukan preskripsi daripada doktor tempatan.
Sumber
- https://doi.org/10.1097/AOG.0000000000005190
- Oladapo, Olufemi T, and Bukola Fawole. 2012. ‘Treatments for Suppression of Lactation’. Edited by Cochrane Pregnancy and Childbirth Group. Cochrane Database of Systematic Reviews 2012 (9). https://doi.org/10.1002/14651858.CD005937.pub3
- Shrateh, Oadi N. 2024. ‘Comparing Pyridoxine with Dopaminergic Agonists (Cabergoline and Bromocriptine): Unveiling the Strategy for Lactation Inhibition – A Systematic Review of Clinical Trials’. Journal of Gynecology Obstetrics and Human Reproduction. https://doi.org/10.1016/j.jogoh.2024.102783
