Bila saya boleh hamil semula selepas mengambil ubat gugurkan kandungan?


Dikarang Oleh: Suzanne Veldhuis

Ditulis Pada: 17/03/2026

Disemak Oleh: Dr. Louise Gilbert

Disemak Pada: 17/03/2026

Adalah mungkin untuk hamil tidak lama selepas pengguguran. Dalam 8-10 hari, ovulasi boleh berlaku, iaitu bila ovari melepaskan telur. Selepas ovulasi, sperma boleh bersenyawa dengan telur, dan telur yang disenyawakan boleh berkembang menjadi kehamilan.

Sperma boleh hidup di dalam badan sehingga 5 hari selepas hubungan seks. Jika sperma berada dalam badan dalam tempoh 5 hari sebelum telur dilepaskan, anda boleh hamil.

Penggunaan kaedah kontraseptif adalah cara terbaik untuk mengelakkan kehamilan selepas pengguguran.

  • Memulakan kaedah kotraseptif yang mengandungi hormon (pil, tampalan, suntikan, implan, atau alat dalam rahim (IUD) hormon) dalam tempoh 5 hari selepas pengguguran akan memberi perlindungan segera. Pil perancang yang hanya mengandungi progesteron mula berkesan 48 jam selepas pengguguran. Jika anda menunggu lebih lama, anda perlu menggunakan kaedah tambahan selama seminggu.
  • IUD tembaga memberikan perlindungan serta-merta, tidak kira bila ia dipasang.
  • Anda juga boleh menggunakan kondom atau kaedah penghalang lain dengan serta-merta. Ini adalah satu-satunya kaedah yang melindungi daripada jangkitan seksual (STI).

Ketahui pilihan anda dan cara mendapatkannya di Find My Method.

Sumber

  1. World Health Organization. 2023. Clinical Practice Handbook for Quality Abortion Care. https://www.who.int/publications/i/item/9789240075207
  2. https://findmymethod.org

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.