Bagaimana saya tahu jika saya mengalami komplikasi dan apa yang perlu dibuat?


Dikarang Oleh: Suzanne Veldhuis

Ditulis Pada: 16/03/2026

Disemak Oleh: Dr. Louise Gilbert

Disemak Pada: 16/03/2026

Komplikasi selepas menggunakan ubat gugurkan kandungan jarang berlaku, tetapi risikonya meningkat sedikit apabila usia kehamilan meningkat. Komplikasi boleh dirawat jika dikesan dengan cukup awal. Tapi, kalau anda mengalami mana-mana simptom di bawah, penting untuk dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin:

  • Pendarahan yang sangat banyak bermaksud jika anda berdarah lebih daripada 2 pad biasa setiap jam, selama 2 jam berturut-turut. Jika ini berlaku, ambil 4 pil misoprostol tambahan (200mcg setiap satu) di bawah lidah.
  • Demam 38°C (100.4°F) berlarutan lebih daripada 24 jam selepas mengambil pil.
  • Keputihan berbau busuk.
  • Sakit teruk, berterusan atau semakin bertambah di bahagian bawah perut yang tidak hilang dengan ubat tahan sakit dan tidak hilang selepas pengguguran.
  • Pendarahan berpanjangan yang tidak berkurangan dalam beberapa minggu selepas pengguguran.

Jika anda perlu jumpa petugas kesihatan atas apa-apa sebab, anda tidak perlu memberitahu mereka bahawa anda menggunakan ubat gugurkan kandungan. Anda boleh cakap yang anda rasa anda sedang alami keguguran. Petugas kesihatan tidak dapat bezakan, dan rawatannya adalah sama. Tiada ujian yang boleh menunjukkan anda telah guna ubat gugurkan kandungan.

Jika anda gunakan ubat gugurkan kandungan melalui faraj, sisa pil mungkin masih ada di dalam faraj sehingga 4 hari selepas ia dimasukkan. Sebelum mendapatkan rawatan perubatan, kami syorkan anda keluarkan sisa pil itu dengan jari secara perlahan, selepas mencuci tangan dahulu.

Sumber

  1. World Health Organization. 2023. Clinical Practice Handbook for Quality Abortion Care. https://www.who.int/publications/i/item/9789240075207
  2. Kapp, Nathalie, and Patricia A. Lohr. 2020. ‘Modern Methods to Induce Abortion: Safety, Efficacy and Choice’. Best Practice and Research: Clinical Obstetrics and Gynaecology 63:37–44. https://doi.org/10.1016/j.bpobgyn.2019.11.008
  3. erguson, Ian, and Heather Scott. 2020. ‘Systematic Review of the Effectiveness, Safety, and Acceptability of Mifepristone and Misoprostol for Medical Abortion in Low- and Middle-Income Countries’. Journal of Obstetrics and Gynaecology Canada 42 (12): 1532-1542.e2. https://doi.org/10.1016/J.JOGC.2020.04.006

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.