Apakah kehamilan ektopik dan bagaimana untuk tahu jika anda mengalaminya?


Dikarang Oleh: Suzanne Veldhuis

Ditulis Pada: 16/03/2026

Disemak Oleh: Dr. Louise Gilbert

Disemak Pada: 16/03/2026

Kehamilan normal membesar di dalam rahim. Kehamilan ektopik membesar di luar rahim, selalunya di tiub fallopio, kerana telur yang telah disenyawakan di tiub ini dalam perjalanan ke rahim.

Kehamilan ektopik jarang berlaku tetapi berbahaya. Apabila kehamilan sudah terlalu besar untuk muat dalam tiub fallopio, tiub boleh pecah. Ini boleh menyebabkan pendarahan teruk di dalam badan, jangkitan, dan boleh mengancam nyawa.

Pada mulanya, kehamilan ektopik biasanya tiada simptom, tetapi boleh menyebabkan tanda-tanda berikut:

  • Sakit bahagian bawah bawah abdomen atau pelvis
  • Kekejangan di salah satu bahagian pelvis
  • Sakit bahu
  • Pendarahan dari faraj atau spotting (tompokan darah)
  • Sakit di bahagian pinggang

Segera pergi ke hospital atau klinik jika anda mengalami:

  • Sakit teruk yang tiba-tiba atau berterusan
  • Rasa pening atau pitam

Kurang dari 1 daripada setiap 100 orang yang mahu gugurkan kandungan mengalami kehamilan ektopik.

Kadar ini lebih tinggi pada mereka yang:

  • Mengandung walaupun ada memasang alat dalam rahim (IUD).
  • Pernah mengalami kehamilan ektopik sebelum ini.
  • Ada parut akibat jangkitan atau pembedahan pelvis.
  • Ada parut akibat apendiks pecah.
  • Pernah dijangkiti jangkitan kelamin (STI) sebelum ini.

Ubat gugurkan kandungan tidak boleh merawat kehamilan ektopik, tetapi ia juga tidak akan menjadikannya lebih teruk. Salah satu tanda kehamilan ektopik, ialah tiada pendarahan lebih daripada 24 jam selepas ambil misoprostol. Anda boleh mendapatkan rawatan tidak kira di negara mana anda tinggal, termasuk di negara yang mana pengguguran tidak dapat diakses. Rawatan melibatkan ubat bernama methotrexate atau pembedahan. Ultrasound boleh mengesahkan kedudukan kehamilan anda.

Sumber

  1. https://www.plannedparenthood.org/learn/pregnancy/ectopic-pregnancy
  2. World Health Organization. 2023. Clinical Practice Handbook for Quality Abortion Care. https://www.who.int/publications/i/item/9789240075207
  3. Duncan, Clara I., John J. Reynolds-Wright, and Sharon T. Cameron. 2022. ‘Utility of a Routine Ultrasound for Detection of Ectopic Pregnancies among Women Requesting Abortion: A Retrospective Review’. BMJ Sexual and Reproductive Health 48 (1): 22–27. https://doi.org/10.1136/bmjsrh-2020-200888

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.