Siapa yang tidak boleh guna ubat gugurkan kandungan?


Dikarang Oleh: Suzanne Veldhuis

Ditulis Pada: 16/03/2026

Disemak Oleh: Dr. Belén Carcedo

Disemak Pada: 16/03/2026

Pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan (mifepristone dan misoprostol) tidak digalakkan atau mungkin perlukan sokongan tambahan dalam keadaan berikut:

Anda ada masalah kesihatan tertentu (kebanyakan orang yang ada keadaan ini biasanya sudah tahu tentangnya)

  • Anda ada kegagalan adrenal teruk (kronik)
  • Anda ada masalah gangguan pembekuan darah
  • Anda ada porfiria yang diwarisi
  • Anda alah kepada ubat gugurkan kandungan
  • Anda ada kehamilan ektopik

Kalau anda masih ragu-ragu tentang penggguguran, rasa bercampur aduk, atau dipaksa oleh orang lain untuk lakukan pengguguran, kami galakkan anda bercakap dengan seseorang yang anda percayai. Anda juga boleh hubungi kami. Mungkin kami boleh hubungkan anda dengan organisasi di negara anda yang boleh bantu anda fahami pilihan anda dengan selamat dan tanpa rasa dihukumi.

Kalau anda menggunakan alat dalam rahim (IUD), sebaiknya ia dikeluarkan sebelum memulakan proses pengguguran. Namun, anda masih boleh menggunakan ubat gugurkan kandungan walaupun IUD tidak dikeluarkan. Anda mungkin akan mengalami lebih banyak kekejangan (cramping) dan pendarahan daripada biasa.

Sumber

  1. World Health Organization. 2023. Clinical Practice Handbook for Quality Abortion Care. https://www.who.int/publications/i/item/9789240075207

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.