Bolehkan saya gugurkan kandungan dengan ubat kalau kehamilan lebih dari 13 minggu?


Dikarang Oleh: Suzanne Veldhuis

Ditulis Pada: 17/03/2026

Disemak Oleh: Dr. Belén Carcedo

Disemak Pada: 17/03/2026

Ubat gugurkan kandungan selamat dan berkesan sepanjang kehamilan. Tetapi, selepas 13 minggu prosesnya mungkin ambil masa yang lebih lama dan lebih ramai individu perlukan rawatan susulan. Sebab itu, selepas 13 minggu lebih baik jika ubat gugurkan kandungan digunakan di klinik atau dengan sokongan individu yang terlatih.

Kalau anda pilih untuk guna ubat gugurkan kandungan di rumah selepas 13 minggu, penting untuk tahu cara guna ubat dengan betul untuk kurangkan risiko.

Pada usia kehamilan ini, pastikan anda berada dekat dengan hospital atau pusat perubatan dan sudah rancang di mana anda boleh dapatkan rawatan susulan dengan selamat. Ini penting sekiranya berlaku kecemasan (walaupun jarang). Anda juga boleh pilih untuk ditemani oleh seseorang yang anda percayai semasa proses pengguguran.

Menggugurkan kandungan dengan ubat di rumah selalunya lebih selamat berbanding kaedah yang tidak disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sumber

  1. World Health Organization. 2023. Clinical Practice Handbook for Quality Abortion Care. https://www.who.int/publications/i/item/9789240075207
  2. Morris, Jessica L., Beverly Winikoff, Rasha Dabash, Andrew Weeks, Anibal Faundes, Kristina Gemzell-Danielsson, Nathalie Kapp, et al. 2017. ‘FIGO’s Updated Recommendations for Misoprostol Used Alone in Gynecology and Obstetrics’. International Journal of Gynecology and Obstetrics 138 (3): 363–66. https://doi.org/10.1002/ijgo.12181
  3. Lerma, Klaira, and Paul D. Blumenthal. 2020. ‘Current and Potential Methods for Second Trimester Abortion’. Best Practice and Research: Clinical Obstetrics and Gynaecology 63:24–36. https://doi.org/10.1016/j.bpobgyn.2019.05.006
  4. Whitehouse, Katherine, Ashley Brant, Marita Sporstol Fonhus, Antonella Lavelanet, and Bela Ganatra. 2020. ‘Medical Regimens for Abortion at 12 Weeks and above: A Systematic Review and Meta-Analysis. http://www.crd.york.ac.uk/PROSPERO/display_record.php?
  5. World Health Organization. 2022. Abortion Care Guideline. https://apps.who.int/iris/handle/10665/349316
  6. Gerdts, Caitlin, Ruvani T. Jayaweera, Sarah E. Baum, and Inna Hudaya. 2018. ‘Second-Trimester Medication Abortion Outside the Clinic Setting: An Analysis of Electronic Client Records from a Safe Abortion Hotline in Indonesia’. BMJ Sexual and Reproductive Health 44:286–91. https://doi.org/10.1136/bmjsrh-2018-200102
  7. Zurbriggen, Ruth, Brianna Keefe-Oates, and Caitlin Gerdts. 2018. ‘Accompaniment of Second-Trimester Abortions: The Model of the Feminist Socorrista Network of Argentina’. Contraception 97 (2): 108–15. https://doi.org/10.1016/j.contraception.2017.07.170
  8. Kapp, Nathalie, and Patricia A. Lohr. 2020. ‘Modern Methods to Induce Abortion: Safety, Efficacy and Choice’. Best Practice and Research: Clinical Obstetrics and Gynaecology 63:37–44. https://doi.org/10.1016/j.bpobgyn.2019.11.008
  9. Moseson, Heidi, Kimberley A. Bullard, Carolina Cisternas, Belén Grosso, Verónica Vera, and Caitlin Gerdts. 2020. ‘Effectiveness of Self-Managed Medication Abortion between 13 and 24 Weeks Gestation: A Retrospective Review of Case Records from Accompaniment Groups in Argentina, Chile, and Ecuador’. Contraception 102 (2): 91–98. https://doi.org/10.1016/j.contraception.2020.04.015

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.