Jika anda belum membuat ujian kehamilan, mungkin anda boleh lakukanya terlebih dahulu. Ia membantu mengesahkan kehamilan anda walaupun anda sudah yakin.
Anda boleh anggarkan tempoh kehamilan dengan mengira dari hari pertama haid terakhir anda. Anda boleh gunakan kalendar atau kalkulator kehamilan.
Nota: Kira tempoh kehamilan dari hari pertama haid terakhir anda, bukan dari hari anda melakukan hubungan seks atau sebarang peristiwa lain yang menyebabkan kehamilan.
Ultrasound adalah cara terbaik untuk mengetahui tempoh kehamilan jika:
- Tiga kitaran haid terakhir anda tidak tetap.
- Anda sedang menyusu dan haid belum kembali.
- Anda sedang menggunakan kaedah kontraseptif yang mengandungi hormon. Ini termasuk pil perancang, tampalan (patch), cincin faraj (ring), suntikan, implan, dan alat dalam rahim hormon (IUD).
Jika kitaran haid anda teratur, anda tidak perlu membuat imbasan ultrasound sebelum menggunakan ubat gugurkan kandungan.
Ultrasound biasanya dapat mengesan kehamilan kira-kira seminggu selepas haid terlewat, dan juga boleh mengesahkan jika kandungan sedang membesar di dalam rahim. Jika kandungan membesar di luar rahim, ia dipanggil kehamilan ektopik. Kehamilan jenis ini tidak boleh diteruskan dan boleh menjadi berbahaya jika tidak dirawat. Ia memerlukan rawatan perubatan segera. Ubat gugurkan kandungan tidak berkesan untuk kehamilan ektopik. Walau bagaimanapun, kehamilan ektopik sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 1% daripada semua kehamilan.
Sumber
- Schonberg, Dana, Lin Fan Wang, Ariana H. Bennett, Marji Gold, and Emily Jackson. 2014. ‘The Accuracy of Using Last Menstrual Period to Determine Gestational Age for First Trimester Medication Abortion: A Systematic Review’. Contraception 90 (5): 480–87. https://doi.org/10.1016/j.contraception.2014.07.004
- Saavedra-Avendano, B, R Schiavon, P Sanhueza-Smith, R Rios-Polanco, L Garcia-Martinez, and BG Darney. 2017. ‘Assessment of Gestational Age among Women Seeking First-Trimester Abortion in Mexico City: A Comparison of Last Menstrual Period and Ultrasonography Estimation’. Contraception 96 (4): 277. https://doi.org/10.1016/j.contraception.2017.07.059
- Raymond, Elizabeth G., and Hillary Bracken. 2015. ‘Early Medical Abortion without Prior Ultrasound’. Contraception 92 (3): 212–14. https://doi.org/10.1016/j.contraception.2015.04.008
- Bracken, H., W. Clark, E. S. Lichtenberg, S. M. Schweikert, J. Tanenhaus, A. Barajas, L. Alpert, and B. Winikoff. 2011. ‘Alternatives to Routine Ultrasound for Eligibility Assessment Prior to Early Termination of Pregnancy with Mifepristone-Misoprostol’. BJOG: An International Journal of Obstetrics and Gynaecology 118 (1): 17–23. https://doi.org/10.1111/j.1471-0528.2010.02753.x
- Aiken, Ara, Pa Lohr, J Lord, N Ghosh, and J Starling. 2021. ‘Effectiveness, Safety and Acceptability of No‐test Medical Abortion (Termination of Pregnancy) Provided via Telemedicine: A National Cohort Study’. BJOG: An International Journal of Obstetrics & Gynaecology 128 (9): 1464–74. https://doi.org/10.1111/1471-0528.16668
- World Health Organization. 2023. Clinical Practice Handbook for Quality Abortion Care. https://www.who.int/publications/i/item/9789240075207
- World Health Organization. 2022. Abortion Care Guideline. https://apps.who.int/iris/handle/10665/349316
- Raymond, Elizabeth G., Daniel Grossman, Alice Mark, Ushma D. Upadhyay, Gillian Dean, Mitchell D. Creinin, Leah Coplon, et al. 2020. ‘Commentary: No-Test Medication Abortion: A Sample Protocol for Increasing Access during a Pandemic and Beyond’. Contraception 101 (6): 361–66. https://doi.org/10.1016/j.contraception.2020.04.005
- Duncan, Clara I., John J. Reynolds-Wright, and Sharon T. Cameron. 2022. ‘Utility of a Routine Ultrasound for Detection of Ectopic Pregnancies among Women Requesting Abortion: A Retrospective Review’. BMJ Sexual and Reproductive Health 48 (1): 22–27. https://doi.org/10.1136/bmjsrh-2020-200888
