Setiap tahun, ribuan individu mendapatkan ubat gugurkan kandungan melalui perkhidmatan atas talian Women on Web. Kami boleh membantu anda jika ubat dijangka tiba sebelum kehamilan mencapai 14 minggu dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan tertentu.
Anda juga boleh memesan ubat gugurkan kandungan lebih awal, sekiranya anda memerlukannya pada masa akan datang.
Cara mendapatkan ubat gugurkan kandungan melalui pos dari Women on Web:
Konsultasi atas talian ini seperti berjumpa dengan petugas kesihatan secara bersemuka. Borang konsultasi mengandungi soalan tentang kesihatan dan kehamilan anda. Jawapan anda akan membantu pasukan kami menyokong anda sepanjang proses pengguguran. Semua maklumat yang anda kongsikan adalah sulit dan dilindungi.
Sumbangan dan semakan permohonan.
Semasa melengkapkan borang konsultasi, anda akan diminta untuk menyumbang sebanyak 70-120euro. Sekiranya anda tidak dapat membuat sumbangan penuh, sila maklumkan kepada kami selepas menghantar borang permohonan. Kami akan bantu anda. Setelah kami menerima borang anda, pasukan kami akan menyemak permohonan anda dalam masa beberapa jam.
Ubat gugurkan kandungan akan dihantar ke rumah anda.
Selepas permohonan anda disemak, kami akan mengeluarkan preskripsi dan farmasi akan memulakan proses penghantaran ubat mifepristone and misoprostol ke rumah anda. Pakej akan diposkan dalam masa satu hari selepas semakan kami (atau 2-3 hari ketika hujung minggu). Kemudian, anda akan menerima nombor penjejakan (tracking number).
Helpdesk kami, bersama pasukan perubatan, ada untuk anda 7 hari seminggu di info@womenonweb.org Hubungi kami untuk sebelum, semasa, dan selepas pengguguran anda untuk sebarang maklumat. Kami akan membalas emel anda dalam masa 24 jam. Sokongan disediakan dalam 15 bahasa.
