Fakta mengenai Pengguguran

Pengguguran adalah salah satu intervensi perubatan yang paling banyak dilakukan di dunia. Setiap tahun, 56 juta wanita memilih untuk melakukan pengguguran atas pelbagai jenis alasan yang peribadi.

Di negara di mana pengguguran yang selamat tidak dapat diakses, para wanita menggunakan kaedah pengguguran yang tidak selamat. Setiap tahun, dianggarkan 25 juta pengguguran yang tidak selamat berlaku di seluruh dunia. Akibatnya, seorang wanita meninggal dunia setiap 10 minit di suatu tempat kerana komplikasi dari pengguguran yang tidak selamat. Undang-undang berkaitan pengguguran yang ketat melanggar hak asasi wanita serta membahayakan kesihatan dan nyawa wanita. 

Terdapat dua kaedah utama pengguguran; pengguguran secara pembedahan memerlukan penggunaan rosedur pembedahan untuk menamatkan kehamilan, termasuk aspirasi vakum serta dilatasi dan evakuasi (D&E), manakala pengguguran secara perubatan pula memerlukan pengambilan ubat-ubatan farmakologi untuk menamatkan kehamilan. Kedua-dua kaedah adalah terbukti selamat dan berkesan. 

Baca dengan lebih lanjut dan kongsikan fakta-fakta mengenai pengguguran untuk membantu kami membongkar mitos berbahaya berkaitan pengguguran.

4 Pages

Abortion - a matter of human rights and social justice

Today, access to abortion is considered to be an essential healthcare.

Abortion Laws Worldwide

Approximately 25% of the world's population lives in countries with highly…

Abortion with pills

Medical abortion (abortion with pills) is a method of abortion that has been…

Abortion Myths

Many myths about abortion have been created by people who are against choice.