Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda sedang hamil dan usia kehamilan anda?

 

Kebanyakan wanita menjadi yakin bahawa mereka sedang hamil sekiranya mereka aktif melakukan seks dan tidak datang haid. Loya-loya, bengkak payudara, lemah badan dan kelesuan adalah tanda-tanda normal pada tempoh awal kehamilan. Ujian kehamilan dan ultrasound adalah satu-satunya cara yang segera untuk memastikan bahawa seseorang wanita itu hamil.

Sekiranya ujian ultrasound dijalankan, doktor dapat memberitahu wanita tersebut usia kehamilannya dengan tepat. Doktor juga dapat menganggarkan tempoh kehamilan tanpa menggunakan ultrasound. Ujian kehamilan biasa tidak dapat menyediakan maklumat ini.

Seseorang wanita itu juga dapat membuat pengiraan yang munasabah mengenai tempoh kehamilannya. Dia haruslah memikirkan bila hari pertama tempoh haid terakhirnya terlebih dahulu, masukkan hari tersebut mulakan pengiraan sehingga hari ini.