Apakah alat dalam rahim?

Alat dalam rahim adalah alat pencegah kehamilan, gelungan kecil sebesar 3 cm yang dimasukkan oleh doktor ke dalam rahim untuk menghalang kehamilan. Perempuan yang mempunyai alat dalam rahim jenis kuprum dan hamil mesti menjalani ujian ultrasound kerana risiko kehamilan luar rahim amatlah tinggi. Sekiranya ujian ultrasound menunjukkan kehamilan berlaku di dalam rahim, sekiranya boleh, kami mencadangkan alat dalam rahim ini dikeluarkan sebelum menjalani pengguguran.