Bagaimana untuk melakukan pengguguran dengan pil pengguguran?

Untuk menamatkan kehamilan sehingga minggu ke-12 kehamilan, ubat-ubatan ini harus digunakan seperti berikut:

  • Pertama, anda harus menelan satu tablet Mifepristone
  • 24 jam kemudian, letakkan 4 tablet Misoprostol di bawah lidah anda dan biarkan ia di situ selama 30 minit, sehingga semua tablet itu cair. Anda boleh menelan air liur anda Selepas 30 minit, anda boleh meludah keluar kesemua baki tablet tersebut.

 

Kami menyarankan dengan tegas untuk anda menggunakan Misoprostol di bawah lidah anda. Dengan cara ini, tidak ada baki tablet yang boleh ditemui sekiranya anda perlu pergi ke hospital. Tidak ada ujian darah yang boleh menunjukkan anda telah mengambil Misoprostol, jadi tidak ada cara untuk membuktikan anda cuba untuk menjalani pengguguran.

 

  • Sekiranya anda mengalami pendarahan yang kurang dari yang dijangka dan anda ragu bahawa pengguguran telah bermula, 3 jam selepas menggunakan Misoprostol, letakkan 2 tablet Misoprostol di bawah lidah anda, dan biarkan ia di situ sehingga 30 minit, sehingga semua tablet telah cair. Selepas 30 minit, anda boleh meludah keluar kesemua baki tablet tersebut.
  • Sekiranya anda masih tidak mengalami pendaraham dan anda mempunyai beberapa tablet Misoprostol, anda boleh terus mengambil 2 lagi tablet Misoprostol di bawah lidah anda, dan biarkan ia di situ sehingga 30 minit, sehingga semua tablet telah cair. Selepas 30 minit, anda boleh meludah keluar kesemua baki tablet tersebut.
  • Anda boleh mengulang maksimum 5 dos Misprostol, secara keseluruhan.