Apa itu kehamilan ektopik dan bagaimana caranya untuk mengetahui jika anda mengalaminya?

Kehamilan ektopik adalah kehamilan yang membesar di luar rahim, selalunya di dalam tiub fallopian. Ia adalah situasi yang boleh mengancam nyawa kerana jika kandungan menjadi menjadi besar, ia boleh mengakibatkan tiub tersebut pecah. Ia mestilah dirawat dengan melakukan pembedahan atau dengan ubat-ubatan. Pengguguran secara perubatan tidak akan memberi kesan kepada kehamilan di luar rahim!
Anda boleh memastikan bahawa kehamilan anda adalah di dalam rahim dengan melakukan ujian ultrasound. Sekiranya anda menggunakan pil Mifepristone dan Misoprostol untuk menamatkan kehamilan dan anda tidak melakukan ujian ultrasound terlebih dahulu, terdapat kemungkinan bahawa anda mungkin mengalami kehamilan ektopik yang tidak dikesan. Sekiranya anda tidak mengeluarkan sel tisu dan darah selepas menggunakan pil Misoprostol, anda mungkin mengalami kehamilan ektopik. Sekiranya anda mengalami kesakitan yang teruk secara tiba-tiba atau berlanjutan di bahagian perut atau belakang (kebiasaannya di satu belah sahaja), sekiranya anda berasa pitam atau akan pengsan, atau sekiranya anda mengalami kesakitan di bahagian bahu anda, anda mungkin mengalami kehamilan ektopik dan sudah mula pecah dan anda perlu ke hospital dengan kadar yang segera. Kehamilan ektopik boleh dirawat di mana sahaja, termasuk di kawasan di mana akses pengguguran adalah sangat terhad.