Mengenai Women on Web

Women on Web adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dari Kanada, yang memberikan bantuan mengenai pengguguran yang selamat dan kaedah pencegahan kehamilan.

Ditubuhkan pada tahun 2005 oleh Dr. Rebecca Gomperts, Women on Web terdiri daripada sekumpulan doktor perubatan, penyelidik, aktivis, dan kakitangan meja bantuan. Women on Web menyokong dan menganjurkan akses kepada perkhidmatan pencegahan kehamilan dan pengguguran yang selamat untuk melindungi kesihatan dan nyawa para wanita.

Misi Women on Web adalah untuk menyediakan penjagaan pengguguran atas talian yang selamat, mudah dicapai dan berpatutan kepada para wanita dan mereka yang memerlukannya di seluruh dunia. Kami berusaha untuk menjadi pemangkin kepada perubahan prosedur dan undang-undang dalam akses pengguguran melalui teleperubatan, penyelidikan, khidmat komuniti, dan advokasi. Kami berusaha demi mencapai sebuah dunia di mana penjagaan pengguguran yang selamat boleh dicapai oleh semua wanita dan mereka yang hamil, bebas dari rasa malu dan stigma.

Mereka yang memerlukan khidmat pengguguran yang selamat atau alat pencegah kehamilan boleh melakukan rundingan atas talian di laman web Women on Web. Setelah diperiksa oleh doktor perubatan, pil pengguguran perubatan atau alat pencegah kehamilan akan diberikan melalui pos. Pasukan meja bantuan kami menemani para wanita dan mereka yang hamil di sepanjang peringkat proses dan menjawab sebarang persoalan yang mungkin timbul dalam masa 24 jam. Diselia oleh doktor-doktor perubatan, meja bantuan kami beroperasi dalam 16 bahasa, termasuklah Bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun, Korea, Hungary, Indonesia, Itali, Paris, Polish, Portugis, Rusia, Sepanyol, Thai, dan Turki. 

Women on Web tersedia bagi semua orang yang memerlukan bantuan untuk mencegah dan menamatkan kehamilan yang tidak diingini. Kami berkomitmen untuk memastikan supaya semua orang, termasuklah golongan trans, nirdedua, jantina luar biasa, dan jantina bilazim dapat mengakses khidmat pengguguran dan pencegahan kehamilan tanpa diskriminasi atau pengasingan.

Laman web Women on Web adalah sumber maklumat yang boleh dipercayai dan berwibawa serta mengumpulkan pengalaman peribadi berkaitan pengguguguran, membolehkan dan mendorong para wanita serta mereka yang hamil untuk meneroka dan membincangkan pilihan reproduktif mereka secara terbuka. Rundingan atas talian kamin diterjemahkan ke dalam 22 bahasa dan kami berusaha untuk memastikan bahawa semua wanita dan mereka yang hamil mempunyai akses kepada maklumat saintifik dan kajian berasaskan bukti mengenai pengguguran dan kaedah pencegahan kehamilan yang selamat.

Dr. Bela Ganatra dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengatakan dalam Guardian bahawa jika para wanita mengakses pil-pil pengguguran melalui perkhidmatan teleperubatan seperti Women on Web yang memberikan mereka maklumat dan sokongan, WHO mengklafisikasikannya sebagai pengguguran yang selamat.

 

Mengenai Laman Web Kami

 

Melalui laman web kami, anda boleh membaca mengenai pengguguran dan kaedah pencegahan kehamilan yang selamat untuk membuat pilihan yang tepat mengenai kesihatan reproduktif anda; berkongsi pengalaman pengguguran anda dan meneroka kisah orang lain untuk menghapuskan stigma berkaitan pengguguran; dan memohon bantuan untuk mendapatkan khidmat pengguguran secara perubatan yang selamat di rumah. 

Soalan dan Jawapan – buat pilihan yang tepat mengenai kesihatan reproduktif dan kehamilan anda

Saya perlukan pengguguran – Uruskan pengguguran anda sendiri dengan selamat

Saya pernah melakukan pengguguran – Lawan dan hapuskan stigma dengan berkongsi pengalaman anda dan membaca kisah penggguguran orang lain


Bagaimana untuk melibatkan diri anda

Women on Web disokong oleh rangkaian organisasi bebas serta individu yang tidak mempunyai sebarang hubungan yang formal. Rangkaian ini berkongsi matlamat yang sama demi memajukan dan menyokong akses dan hak pengguguran serta untuk memperkasakan para wanita dan mereka yang hamil melalui maklumat yang tepat dan tidak berat sebelah mengenai penjagaan pengguguran. Anda boleh menyertai rangkaian kami dengan menghubungi kami di info@womenonweb.org.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan derma untuk membantu kami menjaga keterlangsungan laman web kami dan meneruskan usaha kami dalam memperluaskan akses kepada kaedah pencegahan kehamilan dan pengguguran yang selamat. Anda boleh membuat sumbangan anda di sini

 

Hubungi Kami

Meja bantuan kami menyediakan maklumat dan sokongan melalui e-mel. Sila hubungi kami di info@womenonweb.org. Kami sedia untuk membantu serta memberikan sokongan kepada anda dan akan membalas e-mel anda dalam masa 24 jam.

Alamat surat-menyurat: Women on Web, 1 Yonge Street, Toronto ON, M5E 1W7 Canada

8 Pages

Fakta mengenai Pengguguran

Pengguguran adalah salah satu intervensi perubatan yang paling banyak dilakukan…

Pengisytiharan anda Rundingan atas talian ini sudah hampir selesai. Berdasarkan…

In the Media

Women on Web has been featured in many media outlets across the world. This is…

Research

All information and guidance on the Women on Web website are based on medical…

"I had an abortion" project

Women on Web encourages women and pregnant people to speak out and share their…

"I need an abortion" project

Our online abortion service helps women and pregnant people who have problems…

Partners and Supporters

Learn more about organizations Women on Web partners with

Team

Our dedicated team is committed to assisting women’s access to safe abortion…