Bagaimana anda tahu sekiranya anda mengalami komplikasi dan apa yang perlu anda lakukan?

 

Jika dilakukan pada 10 minggu pertama, pengguguran secara perubatan membawa risiko komplikasi yang sangat rendah. Risiko ini adalah sama seperti ketika seorang wanita mengalami keguguran. Doktor boleh merawat masalah-masalah ini dengan mudah. Daripada setiap 100 wanita yang melakukan pengguguran secara perubatan, 2 atau 3 wanita sahaja yang perlu berjumpa dengan doktor, pusat rawatan kecemasan atau hospital untuk menerima rawatan kesihatan yang selanjutnya.

Berikut adalah komplikasi yang mungkin terjadi, tanda-tanda dan rawatannya:

Pendarahan berat (berlaku kurang dari 1% semasa melakukan pengguguran secara perubatan)

  • Tanda-tanda: Pendarahan yang berlanjutan selama lebih dari 2 jam dan memenuhkan lebih dari 2 tuala wanita bersaiz maxi setiap jam. Rasa pening atau pitam juga merupakan tanda kehilangan darah yang terlalu banyak. Ini adalah berbahaya kepada kesihatan anda dan mesti dirawat oleh doktor.
  • Rawatan: aspirasi vakum (pengkuretan). Treatment: a vacuum aspiration (curettage.) Sekiranya ada, seorang wanita perlu mula meletakkan 2 biji pil Misoprostol di bawah lidah dengan segera di rumah sebelum pergi ke hospital. Pemindahan darah perlu dilakukan tetapi ini sangat jarang berlaku (kurang dari 0.2%).

Pengguguran tidak sempurna

  • Tanda-tanda: pendarahan yang berat atau berterusan dan/atau kesakitan melampau yang berterusan.
  • Rawatan: 2 biji pil Misoprostol dan/atau aspirasi vakum (pengkuretan)

Jangkitan

  • Tanda-tanda: Sekiranya anda mengalami demam (lebih dari 38 darjah Celsius) selama lebih dari 24 jam, atau anda mengalami demam lebih dari 39 darjah, mungkin terdapat jangkitan yang memerlukan rawatan.
  • Rawatan: antibiotik dan/atau aspirasi vakum (pengkuretan).

Sekiranya anda berasa seperti anda mungkin mengalami komplikasi, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar yang segera. Sekiranya anda tinggal di tempat di mana pengguguran adalah satu jenayah, dan anda tidak mengenali mana-mana doktor yang boleh dipercayai, anda masih boleh mendapatkan rawatan perubatan. Anda tidak perlu memberitahu kakitangan perubatan bahawa anda telah cuba untuk menggugurkan kandungan; anda boleh memberitahu mereka bahawa anda mengalami keguguran yang spontan. Doktor mempunyai kewajipan untuk membantu dalam semua kes dan tahu bagaimana caranya untuk mengendalikan kes keguguran.

Tanda-tanda keguguran dan pengguguran dengan pil adalah sama dan doktor tidak dapat melihat atau menjalankan ujian untuk sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan pengguguran, selagi pil tersebut larut sepenuhnya. Sekiranya anda meletakkan pil Misoprostol seperti di protokol yang kami cadangkan, pil tersebut akan larut dalam masa 30 minit. Sekiranya anda memasukkan pil tersebut ke dalam faraj anda, anda perlu memeriksanya dengan menggunakan jari untuk memastikan bahawa ia telah larut sepenuhnya. Sisa-sisa pil mungkin boleh dijumpai di dalam faraj sehingga 4 hari selepas memasukkannya.

Kurang dari 1% wanita mengalami kehamilan yang berterusan. Ini boleh dipastikan melalui ujian kehamilan selepas 3 minggu atau ujian ultrasound dalam masa seminggu. Sekiranya rawatan pengguguran secara perubatan gagal, terdapat sedikit peningkatan risiko kecacatan kelahiran seperti ketidaksempurnaan tangan atau kaki dan masalah pada saraf janin. Untuk merawat kehamilan berterusan, anda perlu mengulangi kaedah pengguguran secara perubatan atau pembedahan.

 

Maklumat saintifik selanjutnya:

Kajian telah menunjukkan bahawa hanya terdapat sedikit hasil komplikasi yang serius dari pengguguran secara perubatan berbanding dengan bilangan wanita yang mengalami pengguguran secara perubatan yang berjaya dilakukan. 16 17 20 21 22 74 77 81 82 84 88 89 91 92 93 95 96 99 Di dalam beberapa kes yang terpencil di mana intervensi pembedahan seperti pengkuretan (aspirasi vakum) perlu dilakukan, ia boleh diuruskan oleh pusat penjagaan kesihatan yang sama dengan para wanita yang telah mengalami keguguran.

Tempoh kehamilan

% wanita yang memerlukan rawatan kesihatan lanjut

0- 49 hari (0-7 minggu)

2 %

40-63 hari (7-9 minggu)

2.5%

64-70 hari (9-10 minggu)

2.7%

71-77 hari (10-11 minggu)

3.3%

77-84 hari (11-12 minggu)

5.1%

85-91 hari (12-13 minggu)

8%

(Rawatan kesihatan lanjut terdiri daripada aspirasi vakum untuk kehamilan yang berterusan atau pengguguran yang tidak sempurna.)
103