Apakah pengguguran yang berjaya dan bagaimana untuk mengetahui sama ada anda berjaya atau tidak?

Pengguguran perubatan yang berjaya adalah apabila kehamilan tidak lagi berkembang dan tiada keperluan untuk meneruskan penjagaan perubatan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 99.5% dari perempuan yang menjalani pengguguran perubatan pada 9 minggu pertama kehamilan akan berjaya dengan menggunakan Mifepristone dan Misoprostol. Hanya 3% dari perempuan ini yang memerlukan penjagaan perubatan tambahan. Dalam 97% dari pengguguran ini, tubuh perempuan akan menyingkirkan lebihan dari hasil kehamilan secara alami dan tidak memerlukan sebarang intervensi perubatan. Amatlah penting untuk anda fahami bahawa pengguguran adalah sebuah proses. Ia memerlukan masa untuk mengosongkan rahim dan menyempurnakan pengguguran. Ia adalah perkara biasa untuk mengalami pendarahan dan pengeluaran ketulan darah selama 1-3 minggu atau lebih lama. Setiap tubuh perempuan adalah berbeza.

Sekiranya anda mengalami kesakitan yang teramat, pendarahan yang banyak secara berterusan, discaj vagina yang luar biasa ataupun demam, ia mungkin tanda di mana anda mengalami komplikasi dan seharusnya berjumpa dengan doktor. Anda juga harus berjumpa dengan doktor dan membuat ujian ultrasound selepas mengambil ubat-ubatan sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan tentang kejayaan pengguguran yang anda alami.

Ramai perempuan yang boleh mengesahkan bahawa pengguguran telahpun selesai. Mereka merasakan bahawa simptom kehamilan (loya, ketegangan payu dara, keinginan buang air) pergi ataupun melihat embrio keluar. Dengan menjalani ujian ultrasound, anda boleh mengetahui sekiranya ubat telah berkesan dan sekiranya kehamilan anda telah tamat dalam tempoh beberapa hari selepas pengguguran. Ujian ultrasound yang terawal boleh memberitahu anda bahawa kehamilan anda telah tamat, namun adalah terbaik untuk mendapatkan ujian ultrasound selepas 10 hari selepas anda menggunakan Mifepristone, oleh kerana 23% dari pengguguran selesai sepenuhnya selepas 7 hari. 71

Ujian kehamilan dengan air kencing hanya boleh dilakukan 3 minggu selepas anda mengambil ubat-ubatan pengguguran, kerana sebelum 3 minggu, hormon kehamilan masih berada di dalam badan anda dan ujian tersebut mungkin menunjukkan keputusan yang tidak boleh dipercayai dan tidak tepat. Badan anda mungkin memerlukan beberapa hari atau minggu (sehingga anda datang haid lagi) untuk mengeluarkan tisu dan darah sepenuhnya. Ujian ultrasound akan menunjukkan apa lagi yang masih tertinggal dalam rahim. Sesetengah doktor akan mencadangkan aspirasi vakum, tetapi sekuranya anda tidak mengalami kesakitan atau demam atau tanda-tanda jangkitan, adalah sebaiknya untuk menunggu dan membiarkan badan akan kosong secara alami. Aspirasi vakum atau D & C adalah prosedur invasif yang mempunyai risikonya dan mungkin sedikit menyakitkan.

Maklumat saintifik tambahan:

Beberapa penyelidikan mencadangkan bahawa perempuan boleh menilai sama ada pengguguran perubatan yang mereka jalani telah selesai, terutamanya dengan protokol yang melibatkan Mifepristone. Satu analisis menggunakan data daripada percubaan klinikal pengguguran dengan Mifepristone-Misoprostol di China, Cuba dan India. Dari 222 perempuan, tiada yang gagal untuk mengesahkan bahawa pengguguran mereka telah berjaya. 110 perempuan tidak percaya bahawa pengguguran mereka telah berjaya, namun keadaan ini telah membawa mereka untuk mendapatkan bantuan profesional, walaupun tidak berjadual. 1 Satu lagi penyelidikan melibatkan perempuan di Amerika Syarikat menyimpulkan bahawa perempuan dan pekerja klinik sangat tepat dalam menentukan pengeluaran kandungan rahim semasa pengguguran perubatan dengan Mifepristone dan Misoprostol tanpa menjalani ujian ultrasound atau ujian fizikal. 29

Penyelidikan terbaru tentang penilaian sendiri untuk pengguguran perubatan: