Bagaimana sekiranya anda tidak mengalami pendarahan selepas menggunakan ubat-ubatan ini?

Sekiranya anda tidak mengalami pendarahan 4 jam selepas anda mengambil Misoprostol, anda perlu menggunakan lagi 2 tablet Misoprostol. Sekiranya anda masih lagi tidak mengalami pendarahan dalam tempoh 24 jam dan anda yakin bahawa anda hamil, ini bermakna anda mungkin hamil di luar rahim atau kehamilan anda berterusan. Anda harus menjalani ujian ultrasound. Sekiranya anda mengalami komplikasi seperti demam, pitam atau kesakitan abdomen yang teruk, anda harus mendapatkan bantuan dengan segera, kerana anda mungkin mengalami keruntuhan kehamilan di luar rahim. Sekiranya anda hamil di luar rahim, doktor akan merawat anda. Prosedur ini bukanlah pengguguran dan amat penting untuk menyelamatkan nyawa perempuan. Sekiranya ujian ultrasound menunjukkan kehamilan yang berterusan, anda boleh menjalani pengguguran perubatan sekali lagi.