Apa itu pengkuretan/aspirasi vakum dan adakah ia perlu selepas melakukan pengguguran dengan pil?

 

Aspirasi vakum atau pengkuretan adalah kaedah intervensi pembedahan untuk membuang kandungan di dalam rahim. Kadangkala rawatan ini perlu dilakukan sekiranya terjadi komplikasi selepas pengguguran secara perubatan atau keguguran spontan.
Walau bagaimanapun, di beberapa negara, doktor pada kebiasaannya melakukan kaedah pengkuretan walaupun ia mungkin tidak diperlukan bagi tujuan perubatan.

Anda TIDAK memerlukan aspirasi vakum sekiranya ujian ultrasound menunjukkan bahawa masih terdapat sedikit sisa-sisa janin di dalam rahim (pengguguran tidak sempurna) atau mengalami pendarahan selepas 3 minggu DAN anda tidak mempunyai sebarang aduan seperti kesakitan, demam atau pendarahan berat. Sisa-sisa kecil janin yang tertinggal di dalam rahim boleh dirawat dengan menggunakan dos lebihan Misoprostol (2 tablet) atau anda juga boleh menunggu sehingga haid anda yang seterusnya datang. Kemungkinan besar rahim anda akan menjadi kosong dengan sendirinya. Haid normal yang biasa akan kembali semula 4 sehingga 6 minggu selepas melakukan pengguguran secara perubatan. Selepas haid yang normal, anda sepatutnya tidak akan mempunyai sebarang sel tisu yang tertinggal di dalam rahim.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai aduan seperti demam, kesakitan yang berterusan dan pendarahan berat, intervensi pembedahan yang dipanggil sebagai aspirasi vakum perlu dilakukan. Ada sesetengah doktor yang cuma akan melakukan prosedur yang dipanggil sebagai D&C atau pengkuretan tajam. Ini tidak sepatutnya dilakukan!! Oleh itu, tanyakan pada doktor; prosedur apa yang mereka akan gunakan kerana mereka perlu melakukan aspirasi vakum dan bukannya pengkuretan tajam atau D&C (aspirasi vakum adalah kurang menyakitkan serta mempunyai risiko dan komplikasi yang lebih rendah).

Semua prosedur perlu dilakukan di bawah pengaruh anestesia local atau am!