28 September - Mission: Abortion

Untuk Hari Pengguguran Selamat Antarabangsa pada 28hb September 2019, Kolektif Cempaka telah menganjurkan “Mission: Abortion” di Rumah Cempaka, Kuala Lumpur. Dari 11 pagi sehingga 11 petang, pameran ini dibuat untuk membawa perbualan mengenai keadaan semasa mengenai pengguguran selamat di Malaysia dan juga menekankan cara pendekatan yang mesra jantina untuk mengatasi persilangan dalam hak kesihatan seksual dan pembiakan. Setiap pengunjung diberikan risalah, zine, pelekat, dan butang pin mengenai pengguguran selamat.


Pameran tersebut telah membawa pengunjung ke arah fakta dan pengalaman seseorang yang sedang mencari atau melalui pengguguran. Pertama, pasaran gelap pil pengguguran sekitar kawasan. Kedua, naratif mengenai pengguguran di media atas dan luar talian. Ketiga, ruang seseorang yang mencari perkhidmatan pengguguran. Keempat, mitos dan cara bahaya untuk pengguguran. Terakhir, sebuah amaran mengenai kematian seseorang yang melakukan pengguguran tidak selamat.

Women on Web-Malaysia

Para hadirin juga telah menyertai permainan pengalaman dan tayangan filem yang merupakan sebahagian dari pameran tersebut. Tayangan filem telah menyentuh mengenai sejarah pil pengguguran dan juga isu-isu politik dan akses kepada pengguguran selamat di luar Malaysia. Tayangan filem Vessel (2014) menutup pameran di mana perbincangan dan refleksi mengenai akses pengguguran selamat adalah sebuah isu yang wajar diperjuangkan.