Pil gugurkan kandungan di farmasi atas talian

Perkhidmatan ubat gugur kandungan yang dipercayai kami telah membantu lebih 100,000 orang. Pil untuk gugurkan kandungan dihantar ke rumah anda.

Pil pengguguran adalah sebuah kaedah yang berkesan, bersifat peribadi, dan sering digunakan untuk menamatkan kehamilan awal (dalam 12 minggu yang pertama) menggunakan gabungan dua ubat, Mifepristone dan Misoprostol. Komplikasi amat jarang berlaku dan prosesnya menyerupai keguguran awal yang boleh dilakukan di rumah anda dengan selamat, tanpa kehadiran doktor.

Women on Web menyediakan akses kepada pengguguran secara perubatan kepada sesiapa sahaja yang:

    • Hamil sehingga 10 minggu
    • Tidak mengalami sebarang penyakit kronik
    • Mengalami masalah dalam mengakses pengguguran yang selamat

Dapatkan pil pengguguran yang selamat dan berkesan dalam hanya 2 langkah

Langkah 1: Permohonan pil pengguguran

Jawab soalan mengenai kehamilan dan sejarah perubatan anda untuk memastikan anda selamat untuk menjalani proses pengguguran secara perubatan (klik butang ‘Mulakan Rundigan´ untuk bermula). 

Pengesahan permohonan:

Sejurus selepas melengkapkan soal selidik tersebut, anda akan menerima e-mel yang mengesahkan bahawa kami telah menerima permohonan anda.  

Langkah 2: Kirimkan sumbangan anda

E-mel pengesahan anda juga akan meminta anda untuk mengirimkan sumbangan sebanyak 90 Euro kepada Women on Web (bergantung kepada negara dan keadaan kewangan anda). Periksa jumlah yang dicadangkan untuk negara anda dari sistem sumbangan kami.

Kelulusan perubatan:

Dalam masa 24 jam setelah anda mengirimkan sumbangan kepada kami, anda akan menerima e-mel pengesahan yang mengatakan permohonan anda sedang disemak oleh doktor perubatan.

Kebanyakan permohonan yang kami terima diluluskan oleh pasukan perubatan kami, tetapi jika terdapat sebarang sebab yang mengatakan anda tidak memenuhi syarat untuk menerima perkhidmatan kami, sumbangan anda akan dikembalikan sepenuhnya kepada anda.

Maklumat penghantaran bungkusan pil pengguguran:

Dalam masa 1-3 hari bekerja setelah anda mengirimkan sumbangan anda, anda akan menerima e-mel dengan maklumat mengenai pengiriman (bukan penghantaran terus) bungkusan pil pengguguran anda (selalunya disertakan sekali nombor penjejakan). Kebanyakan bungkusan akan dihantar dalam masa 24 jam.

 

Sila rujuk bahagian Soal Jawab kami untuk maklumat lanjut mengenai pengguguran secara perubatan. Sekiranya anda mempunyai soalan lain yang tidak dinyatakan dalam laman Soal Jawab ini, sila e-mel kami di info@womenonweb.org.

Meja bantuan kami yang terlatih - diterajui oleh doktor perubatan kami yang berlesen - memberikan sokongan tanpa sebarang prejudis dan secara peribadi sepanjang 7 hari seminggu, dalam 16 bahasa yang berlainan. Kami biasanya akan memberikan maklum balas kami kepada anda dalam masa 24 jam. 

Jika anda mengalami masalah kewangan, sila maklumkannya kepada kami supaya kami dapat membantu anda.

Semua maklumat yang anda kongsikan kepada kami adalah rahsia dan dilindungi.

Sila klik pada butang "Start" merah jambu untuk meneruskan

Kalkulator Usia Kehamilan

 Hari ini anda telah hamil selama   hari ( minggu dan hari).

Pengguguran secara perubatan akan berkesan dengan baik sekiranya ubat-ubatan pengguguran diambil pada tempoh awal kehamilan dan paling berkesan sehingga 70 hari (10 minggu) kehamilan.