Mengapa anda cuma memerlukan 4 tablet Misoprostol 24 jam selepas menggunakan Mifepristone?

 

Pada tahun 2006 apabila Wanita di Web memulakan perkhidmatan pengguguran perubatan atas talian, pengguguran perubatan dengan menggunakan 1 Mifepristone dan 4 tablet Misoprostol hanya didaftarkan sehingga 7 minggu usia kehamilan.

Tetapi sejak itu, banyak kajian saintifik telah menunjukkan bahawa pengguguran dengan 1 pil Mifepristone, dan 24 jam kemudian meletakkan 4 tablet misoprostol di bawah lidah, adalah kaedah pengguguran di rumah yang selamat dan berkesan untuk kehamilan untuk kandungan yang berusia 10 minggu tanpa memerlukan dos Misoprostol yang berulang-ulang. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa 2 tablet Misoprostol sahaja sudah cukup.

Women on Web memutuskan untuk mengikuti garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan itulah sebabnya paket bungkusan pil perubatan yang dibekalkan kini mengandungi 1 tablet Mifepristone dan 4 tablet Misoprostol untuk wanita yang djiangka hamil kurang dari 10 minggu apabila mereka melakukan pengguguran dengan pil-pil tersebut.

Wanita yang hamil lebih dari 10 minggu, akan menerima 1 tablet Mifepristone dan 12 tablet Misoprostol yang harus digunakan dalam dos yang berulang-ulang. Dalam hal ini, wanita akan menerima e-mel dengan maklumat yang tepat tentang cara menggunakan tablet Misoprostol tambahan.