Adakah ia sah di sisi undang-undang?

 

Di kebanyakan negara, tiada undang-undang kastam yang akan dilanggar sekiranya anda menerima bungkusan perubatan tersebut di alamat kediaman anda.

  • Adalah dibenarkan untuk menerima ubat-ubatan untuk kegunaan peribadi sahaja di kebanyakan negara.
    • Mifepristone dan Misoprostol adalah di dalam senarai ubat-ubatan yang penting WHO. Ia bukanlah dadah narkotik (seperti morfin atau kokain) atau dadah rekreasi (seperti ekstasi) atau bahan terlarang dan terkawal.
    • Misoprostol didaftarkan di kebanyakan negara dan boleh juga digunakan untuk merawat ulser perut.
    • Mifepristone tidak didaftarkan di semua negara tetapi ini bukanlah satu masalah kerana perubatan tersebut adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Mifepristone juga boleh digunakan sebagai pil pencegah kehamilan, untuk merawat kemurungan, barah payudara, dan lain-lain.
    • Memiliki Mifepristone atau Misoprostol dalam kuantiti yang kecil untuk kegunaan peribadi adalah dibenarkan di kebanyakan negara.

Undang-undang kastam di kebanyakan negara di seluruh dunia membenarkan bungkusan perubatan untuk kegunaan peribadi dihantar kepada mereka. Yang tidak dibenarkan adalah untuk menerima bungkusan perubatan dalam kuantiti yang besar melalui mel untuk kegunaan komersial tanpa sebarang lesen import dan pengedaran.

Pelepasan kastam adalah tanggungjawab anda: Apabila bungkusan tersebut tiba di negara anda, terdapat kemungkinan bahawa bungkusan tersebut akan dikenakan cukai import. Jika hal ini terjadi, anda akan dihubungi oleh syarikat kurier kerana cukai import perlu dibayar sebelum penghantaran bungkusan. Sekiranya anda tidak membayar cukai import tersebut, yang berbeza-beza mengikut negara, bungkusan tersebut akan dimusnahkan. Oleh kerana anda berniat untuk menggunakan perubatan tersebut untuk kegunaan peribadi sahaja dan bukan untuk dijual kembali, perkara ini akan jarang terjadi. Di samping itu, sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja bungkusan tersebut dihantar oleh syarikat kurier, pemilikan bungkusan tersebut diserahkan kepada anda.

Anda akan direkodkan sebagai pengimport dan harus mematuhi semua undang-undang dan peraturan negara di mana anda akan menerima bungkusan tersebut. Sila dapatkan maklumat mengenai undang-undang kastam di negara anda melalui:
USP (Maklumat adalah di dalam Bahasa Inggeris sahaja), hubungi pihak kastam di negara anda atau rujuk Senarai Penguatkuasa Pengawalkeseliaan Perubatan yang dikenalpasti di seluruh dunia.