Jenis-jenis Pil Pengguguran

Terdapat nama-nama lain untuk jenama Misoprostol yang boleh anda didapati di pasaran. Apakah nama tersebut dan bagaimana untuk mendapatkannya?

Sekiranya anda hamil, anda boleh membuat pengguguran sendiri secara perubatan sehingga minggu ke-12 kehamilan anda, dengan menggunakan dua ubat iaitu Mifepristone (juga dipanggil pil pengguguran, RU 486, Mifegyn, Mifeprex, Zacafemyl) dan Misoprostol (juga dipanggil Cytotec, Arthrotec, Oxaprost, Cyprostol, Mibetec, Prostokos atau Misotrol). Anda boleh membaca cara untuk melakukan pengguguran dengan ubat-ubatan ini, melalui pautan ini.

Di sesetengah negara, ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi tempatan masing-masing. Tetapi adalah lebih disyorkan untuk anda mendapatkan Mifepristone dan Misoprostol melalui Women on Web. Sekiranya anda melakukan pengguguran dengan mengambil gabungan Mifepristone dan Misoprostol dalam tempoh hamil 12 minggu, ia mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi iaitu sampai 99%. Manakala jika anda melalui proses pengguguran dengan menggunakan pil Misoprostol sahaja, peratusannya juga tinggi, iaitu sebanyak 94%. Satu kajian di Malaysia telah dijalankan untuk menguji kesesuaian ubat ini.

Terdapat beberapa nama lain untuk Misoprostol, iaitu Cytotec, Arthrotec, Oxaprost, Cyprostol, Mibetec, Prostokos atau Misotrol. Adakalanya ubat-ubat ini dijual di farmasi dengan atau tanpa preskripsi. Hal ini kerana Misoprostol digunakan untuk ulser dan gastrik. Cytotec, Cyprostol, Mibetec, Misotrol, dan Prostokos adalah nama jenama Misoprostol. Arthrotec dan Oxaprost mengandungi ubat tahan sakit Diclofenac yang digunakan untuk sakit sendi atau arthritis. Arthrotec juga lebih mahal dari Cytotec.

Berikut adalah senarai jenama Misoprotol di pasaran tertentu:

  • Cytotec (200µg Misoprostol)
  • Arthrotec atau Artrotec 50 atau 75 (200µg Misoprostol)
  • Cyprostol
  • Misotrol (Chile)
  • Prostokos (25µg Misoprostol) (Brazil)
  • Vagiprost (25µg Misoprostol) (Egypt)
  • Oxaprost 50 atau 75 (200µg Misoprostol) (Argentina)
  • Misotac (Mesir, Ghana, Sudan, Tanzania, Uganda, Zambia)
  • Mizoprostol (Nigeria)
  • Misive (Sepanyol)
  • Misofar (Sepanyol)
  • Isovent (Kenya, Nepal)
  • Kontrac (India, Democratic Republic Congo)
  • Cytopan (Pakistan)
  • Noprostol (Indonesia)
  • Gustrul (Indonesia)
  • Asotec (Bangladesh)
  • Cyrux (Mexico)
  • Cytil (Colombia)
  • Misoprolen (Peru)
  • Artrotec (Venezuela, Hong Kong, Australia)

Untuk mendapatkan ubat-ubatan ini, anda boleh memberitahu ahli farmasi bahawa nenek anda menghidapi arthritis dan tidak mampu mendapatkan preskripsi doktor, dan tidak mampu datang ke farmasi itu sendiri. Sekiranya proses mendapatkan ubat ini sukar, anda boleh mencuba di farmasi lain. Selain itu, anda boleh meminta bantuan kawan lelaki, yang akan memdahkan proses mendapatkan ubat ini.  Lebih mudah sekiranya anda mencari ubat-ubatan ini di farmasi kecil, bukan farmasi francais.

Bagaimanakah Bentuk Mifepristone?

RU 486 iaitu pil pengguguran, Mifepristone, Mifegyne, Mifeprex, Zacafemyl didaftarkan di beberapa negara, namun tidak boleh dibeli secara bebas di farmasi terutamanya di India, Nepal, Bangladesh dan Vietnam. Bentuk ubat Mifepristone boleh dilihat dan disahkan seperti di dalam artikel ini.

Jenis-jenis Pil Pengguguran

Bagaimanakah Bentuk Misoprostol?

Misoprostol atau nama lainnya, Cytotec, Arthrotec, Oxaprost , Cyprostol, Mibetec, Prostokos atau Misotrol boleh digunakan sepenuhnya untuk proses pengguguran. Anda boleh melihat rupa dan bentuk ubat ini di dalam artikel ini.

Untuk mengetahui jumlah Misoprostol yang perlu diambil untuk memastikan proses pengguguran yang lengkap dan sempurna, anda boleh membaca tentang proses pengguguran menggunakan Misoprostol ini.

 

Dapatkan Bantuan Melalui Women on Web

Jika anda mempunyai keperluan untuk melakukan pengguguran secara perubatan dan ingin mendapatkannya, hubungi Women on Web. Women on Web adalah perkhidmatan pengguguran secara perubatan yang merujuk rundingan atas talian kepada doktor berlesen. Sila lengkapkan rundingan atas talian ini. Setelah melengkapkan rundingan tersebut dan anda tidak mengalami sebarang kontraindikasi, bungkusan ubat-ubatan pengguguran (dengan pil Mifepristone dan Misoprostol) akan dikirimkan kepada anda melalui pos. Pengguguran secara perubatan dapat dilakukan dengan selamat di rumah selagi anda mempunyai maklumat yang tepat serta boleh mendapatkan bantuan perubatan kecemasan dengan segera sekiranya ada terjadinya komplikasi, di dalam kes-kes yang terpencil dan jarang berlaku.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila hantarkan emel ke info@womenonweb.org.