Situasi Berkaitan Pengguguran di Malaysia

Laporan kes, status dan undang-undang yang berkaitan dengan pengguguran di Malaysia.

Pengguguran adalah sah di sisi undang-undang di Malaysia. Meskipun begitu, terdapat sekatan terhadap mereka yang ingin mendapatkannya.

Definisi Pengguguran Berdasarkan Undang-Undang Malaysia

Seksyen 312 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa penamatan kehamilan hanya dibenarkan sekiranya terdapat risiko kepada nyawa wanita yang hamil ataupun ancaman kecederaan kepada kesihatan fizikal atau mental wanita tersebut.

Status Pil Pengguguran Di Malaysia

Malangnya, penggunaan pil pengguguran; Mifepristone dan Misoprostol adalah disekat dan tidak dibenarkan di Malaysia, menyebabkan ramai wanita yang memilih untuk mencari pil tersebut di pasaran gelap di media sosial. Ini amat merisaukan kerana menggunakan pil ini tanpa seliaan perubatan boleh menyebabkan komplikasi dan kematian, apabila wanita tidak mendapat maklumat yang secukupnya.

Laporan Kes Kematian Melibatkan Kehamilan

Pada puratanya, terdapat 4-6 kematian semasa kelahiran di Malaysia, kerana pengguguran, daripada setengah juta kehamilan. Terdapat banyak kes pengguguran yang tidak selamat yang direkodkan di mana pendarahan berlebihan terjadi kerana mereka mengambil dos ubat yang salah, pada tempoh kehamilan yang salah. Namun begitu, secara umumnya, kes kematian amat rendah sekali.

Kes Malar Di Pulau Pinang

Sebelum ini, hanya terdapat satu kes di mana wanita telah didenda kerana mendapatkan perkhidmatan pengguguran. Malar adalah seorang pekerja migran berusia 24 tahun dari Nepal, yang melakukan pengguguran pada minggu keenam kehamilannya, kerana risau akan kehilangan pekerjaannya. Hal ini kerana permit kerja akan ditarik apabila pekerja didapati hamil. Pihak berkuasa telah menyerbu klinik di mana Malar menjalani penggugurannya, pada 9 Oktober 2014 di Pulau Pinang, dan doktor yang menjalankan pengguguran tersebut juga telah ditahan.