Adakah cara lain selain dari menggunakan Misoprostol?

24 jam setelah menelan Mifepristone, tablet Misoprostol boleh digunakan dalam satu daripada tiga cara: di bawah lidah, di dalam vagina, atau diletakkan di antara gusi dan pipi. Kesemua dari kaedah ini adalah berkesan untuk menyebabkan pengguguran. Walaubagaimanapun, SEMUA Misoprostol ini mesti digunakan dengan cara yang sama.

Kami menyarankan dengan tegas agar anda menggunakan Misoprostol di bawah lidah anda. Dengan cara ini, tiada baki pil yang boleh dijumpai sekiranya anda perlu pergi ke hospital. Tiada mana-mana ujian darah yang boleh menunjukkan bahawa anda telah mengambil Mifepristone atau Misoprostol. Jadi, tiada cara untuk menunjukkan bahawa anda cuba untuk menjalani pengguguran.

Di negara di mana perempuan boleh dikenakan hukuman kerana menjalani pengguguran, anda tidak perlu memberitahu kakitangan perubatan bahawa anda cuba untuk membuat pengguguran. Anda boleh mengatakan bahawa anda telah mengalami keguguran spontan. Doktor TIDAK BOLEH mengenalpasti perbezaannya. Rawatannya juga sama. Rawatan tersebut adalah pengkuretan, juga dikenali sebagai aspirasi vakum, di mana doktor akan mengeluarkan baki tisu di dalam rahim. Doktor juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu anda dalam setiap kes.

Sekiranya anda lebih selesa menggunakan tablet di dalam vagina anda, anda patut menggunakan jari anda untuk meletakkan tablet Misoprostol sedalam mungkin, di mana rahim bermula. Sekiranya anda mempunyai komplikasi dan tinggal di mana kakitangan hospital mungkin menyerahkan anda kepada polis, periksa vagina anda dengan berhati-hati dengan menggunakan tangan anda untuk memastikan semua tablet sudah cair sepenuhnya. Buang semua baki pil yang masih ada dan kemudian pergilah ke hospital dengan segera. Pil memerlukan sekurang-kurangnya empat hari itu untuk cair sepenuhnya.

 

Bacaan:

61 73 74 75 76 77 78 79 82 83 84 86 88 89 92 93 95 96 97 98 99 100 101 103