Bolehkah anda melihat hasil dari pengguguran (plasenta, embrio, darah) dan apakah yang anda perlu lakukan dengannya?

Kebanyakan masa, perempuan boleh melihat darah dan tisu pada tuala wanita mereka atau di dalam tandas. Embrio (yang sangat kecil) biasanya dikeluarkan bersama dengan darah dan tisu, selalunya tidak disedari oleh perempuan. Namun begitu, ada kemungkinan di mana anda mungkin akan terlihatnya embrio (yang sangat kecil) itu. Bergantung kepada tempoh kehamilan, kantung kehamilan yang kecil bersama dengan sedikit tisu di sekitarnya akan kelihatan. Sebagai contoh, sekiranya anda baru sahaja hamil lima ke enam minggu, tiada kantung yang akan kelihatan. Pada minggu ke-9, anda mungkin akan melihat satu kantung di dalam darah dan anda mungkin akan melihat embrio. Pada minggu ke-8 atau ke-9, embrio mungkin bersaiz 2.5 cm. Ini mungkin memberi tekanan kepada anda.

Sebaiknya, anda membuang hasil ini ke dalam tandas atau mengumpulkan tuala wanita di dalam beg plastik dan membuangnya.

Maklumat saintifik tambahan:

Pada minggu ke 6-7 kehamilan, embryo dijangka bersaiz ¼ hingga ½ inch, boleh membesar berukuran 13 milimeter, dan pada minggu ke-9, ia membersar sebanyak 1 inci milimeter. Selalunya, embryo keluar semasa pengguguran perubatan, namun tidak jelas kelihatan kerana ia keluar bersama dengan tisu kehamilan yang lain dan juga darah.


Doktor di Scotland menganjurkan kajian di mana perempuan menjalani pengguguran perubatan di rumah. Salah satu daripada para penyelidik, Dr. Gillian Penney dari Aberdeen University menyatakan bahawa. “Saya amat terkejut dengan tahap penerimaan untuk pengguguran perubatan di kalangan perempuan. Saya fikir ia akan menakutkan mereka dan mereka mahu berada bersama dengan kakitangan perubatan yang boleh memberikan sokongan kepada mereka sepanjang prosedur berlangsung dan meyakinkan mereka. Tetapi perempuan yang mengalaminya merasakan bahawa mereka boleh melakukannya sendiri di rumah. Ramai yang memilih sendiri peneman mereka di rumah, dan kebolehan untuk menggunakan kemudahan tandas mereka sendiri.46