Mengapa anda tidak boleh bersendirian semasa melakukan pengguguran dengan pil dan bagaimana jika anda tetap juga mahu melakukannya secara sendirian?

Anda dinasihatkan untuk menggunakan ubat-ubatan tersebut ditemani oleh seseorang yang anda percayai. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengambil keputusan untuk melakukan pengguguran secara perubatan seorang diri, ia tidak semestinya berbahaya. Pastikan anda berada berdekatan dengan telefon atau mempunyai cara untuk menghubungi pihak perubatan profesional. Anda perlu mempertimbangkan untuk memberitahu seseorang (sama ada jiran, ahli keluarga, atau seseorang yang berada berdekatan dengan anda) bahawa anda berasa kurang sihat dan anda perlu berehat. Anda boleh meminta mereka untuk memeriksa keadaan anda pada hari anda menggunakan pil Misoprostol tersebut tidak lama kemudian. Dengan cara ini, seseorang dapat mengetahui jika anda sedang mengalami komplikasi dan boleh membantu anda, tetapi mereka tidak perlu tahu bahawa anda telah melakukan pengguguran secara perubatan. Anda boleh katakan kepada mereka bahawa anda rasa anda sedang mengalami keguguran.