Bilakah anda boleh mula melakukan hubungan seks selepas melakukan pengguguran dengan pil?

 

Adalah lebih baik untuk menunggu sehingga 4-7 hari selepas menggunakan pil Misoprostol sebelum melakukan hubungan seks. Sebaik sahaja selepas melakukan pengguguran, serviks anda mungkin akan terbuka sedikit, dan terdapat risiko jangkitan yang lebih tinggi sekiranya anda melakukan hubungan seks pada waktu ini.

Adalah normal untuk mengalami pendarahan ringan yang tidak teratur sehingga dua minggu selepas melakukan pengguguran secara perubatan (kadang kala lebih lama). Anda boleh melakukan hubungan seks walaupun anda sedang mengalami pendarahan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak berniat untuk hamil, adalah penting untuk menggunakan alat pencegah kehamilan setiap kali anda melakukan hubungan seks.

Walaupun ia akan mengambil masa beberapa minggu selepas anda melakukan pengguguran sebelum haid anda datang semula, anda boleh bertelur dan menjadi subur dalam 1 atau 2 minggu selepas anda melakukan pengguguran, dan ini bermakna anda boleh menjadi hamil dengan segera. Sekiranya anda tidak mahu terus hamil, adalah penting untuk menggunakan alat pencegah kehamilan dalam kadar yang segera.