Pengguguran di Malaysia

Pengguguran di Malaysia adalah sebuah topik yang jarang dibincangkan.

Pengguguran di Malaysia masih lagi satu topik yang tabu dan jarang untuk dibincangkan. Walaupun ramai wanita memerlukannya, tetapi undang-undang Malaysia yang tidak berpihak kepada wanita menyukarkan mereka untuk melakukannya. Terdapat juga beberapa tentangan dari kalangan masyarakat dan stigma yang terpalit terhadap para wanita yang melakukan pengguguran. Sama ada mereka perlu melupakan niat untuk menggugurkan kandungan dan membesarkan anak tersebut secara terpaksa, memberikan anak yang baru lahir itu kepada pusat jagaan anak angkat, atau terpaksa melakukan pengguguran secara senyap-senyap dengan risiko tinggi komplikasi yang akan membahayakan nyawa mereka.  Namun begitu, mereka yang memerlukan pengguguran boleh melakukannya dengan selamat dalam beberapa kaedah, iaitu kaedah pembedahan dan perubatan.

Undang-undang Pengguguran di Malaysia

Pengguguran adalah sah dan dibenarkan di Malaysia, di bawah Seksyen 312, Kanun Keseksaan. Meskipun begitu, undang-undang di Malaysia begitu ketat di mana mereka yang ingin menamatkan kehamilan memerlukan alasan kukuh untuk menjalani prosedur pengguguran. Ia haruslah dijalankan oleh pengamal kesihatan yang bertauliah dan disahkan. Selain itu, mereka yang menamatkan kehamilan haruslah menunjukkan bukti bahawa kehamilan tersebut membahayakan nyawa mereka, atau boleh mencederakan mereka secara fizikal ataupun mental.

Baca lebih lanjut tentang perkara ini di artikel tentang Undang-undang Pengguguran di Malaysia

Situasi Berkaitan Pengguguran di Malaysia

Pengguguran adalah sah di sisi undang-undang di Malaysia. Meskipun begitu, terdapat sekatan terhadap mereka yang ingin mendapatkannya.

Baca lebih lanjut di tentang Situasi Berkaitan Pengguguran di Malaysia

Cara Menggugurkan Kandungan

Ramai wanita memerlukan perkhidmatan pengguguran. Walau bagaimanapun, ini bukannya suatu keputusan yang mudah untuk dibuat. Banyak persoalan yang akan timbul ketika memikirkan tentang pengguguran; bermula dari aspek undang-undang, agama, kos pembiayaan, dan stigma sosial dari masyarakat. Persoalan yang utama mungkin adalah bagaimana caranya untuk menggugurkan kandungan? Ketika para wanita yang terdesak ini mencari maklumat mengenai pengguguran melalui Internet, berbincang dengan rakan-rakan, melihat video-video amatur, mereka malah menemui cerita atau maklumat yang menyeramkan dan membahayakan. Adakah wujud cara menggugurkan kandungan yang selamat?

Baca lebih lanjut di sini tentang Cara Menggugurkan Kandungan

Cara Mencegah Kehamilan

Kira-kira 85% wanita yang aktif berhubungan seksual dan tidak menggunakan apa-apa alat pencegah kehamilan, akan hamil dalam masa setahun. Seorang wanita boleh hamil semasa menyusukan anak, dari kira-kira 10 hari selepas bersalin, dan juga semasa datang haid. Kaedah azal (penarikan keluar zakar sebelum ejakulasi) dan mengawal diri dari melakukan seks secara berkala tidak akan mencegah kehamilan atau penyebaran jangkitan penyakit kelamin dari terjadi.

Baca lebih lanjut di sini tentang Cara untuk Mencegah Kehamilan

Mencari Erti Pro-Pilihan

Kebebasan autonomi tubuh adalah kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang individu apabila mereka membuat keputusan untuk diri mereka tanpa halangan atau paksaan daripada orang lain.

Baca lebih lanjut di sini tentang Pro Pilihan.