Mengapa anda cuma memerlukan 4 tablet Misoprostol 24 jam selepas menggunakan Mifepristone?

Pada tahun 2006 apabila Wanita di Web memulakan perkhidmatan pengguguran perubatan atas talian, pengguguran perubatan dengan menggunakan 1 Mifepristone dan 4 tablet Misoprostol hanya didaftarkan sehingga 7 minggu usia kehamilan.

Tetapi sejak itu, banyak kajian saintifik telah menunjukkan bahawa pengguguran dengan 1 pil Mifepristone, dan 24 jam kemudian meletakkan 4 tablet misoprostol di bawah lidah, adalah kaedah pengguguran di rumah yang selamat dan berkesan untuk kehamilan untuk kandungan yang berusia 10 minggu tanpa memerlukan dos Misoprostol yang berulang-ulang. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa 2 tablet Misoprostol sahaja sudah cukup.

Women on Web memutuskan untuk mengikuti garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan itulah sebabnya paket bungkusan pil perubatan yang dibekalkan kini mengandungi 1 tablet Mifepristone dan 4 tablet Misoprostol untuk wanita yang djiangka hamil kurang dari 10 minggu apabila mereka melakukan pengguguran dengan pil-pil tersebut.

Women on Web mengikuti panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia tetapi kebanyakan bungkusan mengandungi 1 tablet Mifepristone dan 8 tablet Misoprostol 200 mcg untuk perempuan yang dijangka hamil kurang dari 10 minggu, apabila mereka memilih untuk menjalani pengguguran dengan pil. Dengan cara ini, Misoprostol yang berlebihan boleh digunakan sekiranya ada keraguan bahawa prosedur telah bermula atau tidak. Dos tambahan iaitu 2 Misoprostol 200 mcg juga boleh digunakan untuk merawat pendarahan berlebihan ataupun pengguguran yang belum selesai.

Wanita yang hamil lebih dari 10 minggu, akan menerima 1 tablet Mifepristone dan 12 tablet Misoprostol yang harus digunakan dalam dos yang berulang-ulang. Dalam hal ini, wanita akan menerima e-mel dengan maklumat yang tepat tentang cara menggunakan tablet Misoprostol tambahan.

 

Di beberapa negara, Misoprostol hanya ada dalam tablet 400mcg. Apabila pil ini digunakan untuk pengguguran, jumlah tablet Misoprostol yang patut digunakan haruslah dikurangi separuh.

 

https://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0010-7824(15)00256-5

https://insights.ovid.com/pubmed?pmid=26241251

https://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0010-7824(13)00687-2

https://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0010-7824(17)30530-9

https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/jmwh.12636

https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1016/S0968-8080(15)43825-X

https://insights.ovid.com/pubmed?pmid=23090524

https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.3109/13625187.2011.555568?journalCode=iejc20

https://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0010-7824(04)00324-5