Bilakah anda boleh menjadi hamil semula selepas melakukan pengguguran dengan pil?

Walaupun haid anda tidak datang dalam masa beberapa minggu selepas anda melakukan pengguguran, anda boleh bertelur (menjadi subur) dalam bila-bila masa selepas pengguguran tersebut berlaku. Ini bermakna anda boleh menjadi hamil dengan segera, walaupun anda masih mengalami pendarahan yang ringan. Sekiranya anda ingin mengelakkan dari menjadi hamil, adalah sangat penting untuk mula menggunakan alat pencegah kehamilan dengan kadar yang segera.

Anda boleh menggunakan kondom atau kaedah kawalan kelahiran yang lain dengan serta-merta. Alat dalam rahim (IUD) boleh dimasukkan dengan segera dalam tempoh 4-14 hari selepas anda menggunakan pil Misoprostol, walaupun terdapat pendarahan ringan. Anda juga boleh menunggu untuk memasukkan IUD sehingga tempoh haid normal anda yang seterusnya, tetapi anda perlu menggunakan kaedah kawalan kehamilan yang lain buat sementara waktu sekiranya anda tidak mahu mendapat risiko untuk hamil.

Anda boleh mula menggunakan kaedah kawalan kelahiran berasaskan hormon (pil, tampalan, cincin, suntikan, implan) dalam masa 1 sehingga 3 hari selepas menggunakan pil Misoprostol. Sekiranya anda mula menggunakan pil pencegah kehamilan lebih dari 3 hari selepas menggunakan pil Misoprostol, adalah digalakkan supanya anda menggunakan penghalang (kondom) semasa 9 hari pertama, sehingga pil tersebut mencapai tahap penuh untuk melindungi anda.

Sekiranya pengguguran secara perubatan dan anda masih lagi hamil, hormon yang digunakan di dalam pil pencegah kehamilan, tampalan, implan, cincin dan suntukan adalah tidak berbahaya kepada janin yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda untuk menjalani ujian ultrasound untuk mengesahkan sama ada proses pengguguran tersebut berjaya atau pun tidak.